My Add

Sunday 25 August 2013

29 maut dalam keganasan di penjara

 *BANDUAN Penjara Palmasola, di Santa Cruz, Bolivia dipamerkan kepada media selepas kekacauan di fasiliti berkenaan kelmarin.- reuters
SANTA CRUZ, SABTU, 24 Ogos, 2013: Sekurang-kurangnya 29 orang terbunuh dan 50 lagi cedera dalam satu pergaduhan melibatkan dua kumpulan banduan di sebuah penjara di timur Bolivia, kata beberapa pegawai penjara.

Kekacauan itu berakhir dengan satu kebakaran besar.

Seorang mangsa yang terkorban merupakan bayi yang tinggal bersama ibu bapanya di penjara Palmasola di bandar ini.

Penjara berkenaan menempatkan seramai 5,000 banduan.

"Maklumat terkini yang diperoleh menunjukkan bahawa jumlah korban mencecah 29 orang manakala mereka yang cedera dan dikejarkan ke hospital seramai lima orang," kata pengarah penjara, Ramiro Llanos.

Sebelum ini, pihak polis menganggarkan jumlah mereka yang terkorban sebanyak 15 orang.

Komander polis tempatan, Jorge Aracena berkata, pihak berkuasa telah berjaya mengawal kekacauan tersebut.

Aracena berkata, insiden bermula awal kelmarin apabil sekumpulan banduan menceroboh masuk ke dalam sektor lain di penjara itu dan mencetuskan kebakaran.

Penjara di Bolivia mengalami masalah kesesakan serius. Beratus-ratus kanak-kanak terpaksa tinggal bersama ibu bapa mereka yang menjadi banduan di penjara kerana mereka tiada saudara-mara lain. - AFP/KOSMO! 

No comments:

Post a Comment