My Add

Sunday 25 August 2013

Helikopter terhempas di Scotland, 4 terbunuh

LONDON, AHAD, 25 Ogos, 2013: Seramai empat orang terbunuh apabila sebuah helikopter yang membawa dua krew dan 16 penumpang terhempas di Kepulauan Shetland di Scotland, kelmarin.

Menurut laporan polis, helikopter buatan Perancis, Eurocopter Super Puma L2 yang dalam perjalanan membawa 16 pekerja dari pelantar minyak Borgsten Dolphin di Laut Utara, terhempas di barat Lapangan Terbang Sumburgh kira-kira 6.30 petang (1.30 waktu Malaysia kelmarin).

Tiga mayat telah dikeluarkan dan operasi mengeluarkan mangsa yang keempat masih diteruskan manakala sebanyak 14 lagi mangsa yang cedera, termasuk dua krew helikopter, telah dibawa ke hospital berdekatan.

Punca kemalangan masih lagi disiasat dan kesemua operasi Super Puma L2 digantung serta-merta. - DPA/UTUSAN 

No comments:

Post a Comment