My Add

Saturday 17 August 2013

30,000 ahli disasar hadir Sambutan Hari Koperasi 23-25 Ogos

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 16 Ogos, 2013: Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) menyasarkan kehadiran 30,000 warga koperasi pada sambutan Hari Koperasi Negara 2013 dari 23 hingga 25 Ogos di Dataran Darul Aman, Kedah.

Pengerusi SKM, Datuk Nik Ali Mat Yunus berkata sambutan kali ke-12 dengan tema 'Koperasi Pemangkin Kesejahteraan Masyarakat' itu turut mengadakan sambutan Aidilfitri dan bulan kemerdekaan.

Nik Ali berkata, pada sambutan yang turut melibatkan penyertaan warga koperasi Asean itu, 10 anugerah akan disampaikan kepada koperasi cemerlang.

"Empat negara iaitu Thailand, Indonesia, Brunei dan Singapura mengesahkan penyertaan untuk turut sama mempromosi produk koperasi masing-masing di Malaysia," katanya.

Beliau berkata, ia merupakan peluang kepada penggiat koperasi di Malaysia mewujudkan jaringan perniagaan koperasi serta memasarkan produk mereka di pasaran ASEAN. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment