My Add

Saturday 17 August 2013

Solat hajat selamatkan Mesir di seluruh negara


Oleh MOHD. FAIRUZ YUSOF, HASHNAN ABDULLAH,
        SYUKRI SHAARI dan SHAHRINNAHAR LATIB

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 16 Ogos, 2013: Pertumpahan darah yang semakin membimbangkan di Mesir membabitkan pertempuran pasukan tentera dan penyokong Presiden yang digulingkan, Mohammed Mursi, mendorong masjid-masjid di seluruh negara menganjurkan solat hajat meminta supaya diberikan perlindungan dan keselamatan kepada umat Islam di negara itu.

Di Masjid Negara, solat hajat yang dianjurkan selepas solat Jumaat telah disertai oleh ribuan umat Islam yang prihatin dengan nasib saudara seagama mereka di negara bergolak tersebut.

Suasana sama juga disaksikan di Putrajaya apabila lebih 3,000 jemaah menunaikan solat hajat selepas solat Jumaat di Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Solat hajat yang diadakan itu turut bertujuan mendoakan kemenangan dalam isu permohonan Titular Roman Catholic Archibishop of Kuala Lumpur membatalkan rayuan kerajaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan sebuah akhbar mingguan Katholik The Herald menggunakan kalimah Allah pada 22 Ogos ini.

Selain solat hajat, kedua-dua masjid turut membaca Qunut Nazilah ketika solat Jumaat.

Situasi di Mesir semakin serius apabila pasukan tentera dilaporkan mula menggempur penyokong Mohammed Mursi seawal pukul 7 pagi kelmarin. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment