My Add

Thursday 15 August 2013

50,000 dijangka hadiri pelancaran kibar Jalur Gemilang

SUNGAI PETANI, RABU, 14 Ogos, 2013; Lebih 50,000 orang dijangka membanjiri Dataran Zero, Jam Besar di sini Jumaat ini sempena majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang peringkat kebangsaan 2013.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan Kedah, Datuk Mohd Tajudin Abdullah berkata, ini adalah kali pertama Kedah dipilih sebagai tuan rumah majlis berkenaan.

Beliau yakin majlis itu yang bermula dari 3 petang hingga lewat malam, bukan sekadar dihadiri penduduk sekitar bandar ini malah rakyat dari seluruh Kedah dan negeri di utara tanah air.

"Ini kali pertama kali kerajaan Persekutuan pilih Kedah sebagai tuan rumah apatah lagi selepas kita menjadi kerajaan baharu. Saya seru kepada semua rakyat untuk datang ke sini bagi menyatakan sokongan dan tunjukkan semangat cintakan negara," katanya kepada pemberita selepas melihat persiapan menjelang majlis itu hari ini.

Majlis itu dijangka disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 9 malam Jumaat ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment