My Add

Saturday 24 August 2013

Altantuya: Jabatan Peguam Negara bakal fail rayuan

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 23 Ogos, 2013: Jabatan Peguam Negara akan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan hari ini yang melepas dan membebaskan Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar daripada sabitan dan hukuman gantung atas dakwaan membunuh model sambilan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu, tujuh tahun lalu.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dalam kenyataannya di sini hari ini berkata, walaupun menghormati keputusan mahkamah, pihaknya tidak puas hati memandangkan alasan tersilap arah oleh hakim bicara tidak boleh disifatkan sebagai kesalahan pihak pendakwa.

“Berkenaan dengan (pegawai polis) Deputi Supritendan (DSP) Musa Safri, kami menegaskan bahawa keterangan beliau sama sekali tidak relevan kerana keseluruhan kes pihak pendakwaan telah dibentangkan dalam perbicaraan yang telah dijalankan," ujarnya.

Dalam penghakiman Mahkamah Rayuan hari ini, panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Seri Mohamed Apandi Ali yang bersidang bersama Datuk Linton Albert dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara berpuas hati bahawa hakim bicara telah tersilap arah dalam membuat keputusan.

Panel hakim itu menyatakan hakim Mahkamah Tinggi berkenaan antara lainnya gagal mengambil kira alibi Azilah berhubung catatan diari polis yang menunjukkan lelaki itu tiada di tempat kejadian.

Mereka juga menyatakan hakim bicara gagal membuat dapatan menyeluruh berhubung isu bahan letupan C4 dan pemilikan bahan letupan itu sekali gus menyebabkan rantaian keterangan tercicir - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment