My Add

Monday 26 August 2013

ASW2020: Agihan pendapatan 6.70 sen seunit

Oleh AZMAN IBRAHIM

KUALA LUMPUR, ISNIN, 26 Ogos , 2013:Amanah Saham Nasional Bhd. (ASNB), anak syarikat Permodalan Nasional Bhd. (PNB) mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 6.70 sen seunit untuk Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW2020) bagi tempoh tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2013.

Pengagihan pendapatan ini meningkat sebanyak 0.10 sen seunit berbanding pengagihan pendapatan pada tahun lalu.

Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, kadar agihan ini juga adalah yang tertinggi dalam tempoh lima tahun sejak 2009.

Katanya, kadar pengagihan pendapatan itu membabitkan pembayaran berjumlah RM1.062 bilion, peningkatan sebanyak 9.2 peratus berbanding jumlah pembayaran pada tahun sebelumnya yang berjumlah RM973.16 juta

"Pengagihan pendapatan ini akan dimanfaatkan oleh 899,967 pemegang unit yang telah melanggan 15.8 bilion unit ASW2020," katanya.

Beliau berkata demikian dalam majlis pengumuman pengagihan pendapatan ASW2020 bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2013 di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment