My Add

Monday 26 August 2013

Dadah: Penganggur dipenjara 8 tahun, 13 sebat

Oleh YULPISMAN ASLI

KOTA BHARU, ISNIN, 27 Ogos, 2013: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan sebat sebanyak 13 kali ke atas seorang penganggur setelah mengaku bersalah atas dua pertuduhan iaitu memiliki heroin dan pil kuda pada tahun lalu.

Hakim Mohd. Yusoff Yunus menjatuhkan hukuman itu ke atas Faddli Zil Ikram Rashid, 29, yang mengaku memiliki heroin seberat 10.85 gram dan pil kuda seberat 26.41 gram di sebuah kedai makan di sini.

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa memiliki heroin seberat 10.85 gram di sebuah kedai makan Kampung Jejulok, Jalan Binjai ke Bachok pada pukul 10 malam, 5 Disember tahun lalu. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment