My Add

Monday 26 August 2013

TTPA: Utamakan kepentingan negara, gesa Tun M

KUALA LUMPUR, ISNIN, 26 Ogos, 2013: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini menggesa kerajaan supaya memberi pertimbangan yang serius sebelum memutuskan untuk menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) dengan meletakkan kepentingan negara sebagai agenda utama.

Walau pun negara tidak menandatangani TPPA, beliau melahirkan keyakinannya bahawa Malaysia tetap boleh terus berkembang dari segi dagangan antarabangsa.

"Malaysia telah sekian lama menjadi negara dagangan dan nilai dagangan negara juga meningkat dari tahun ke tahun. Dari sebuah negara yang mempunyai pendapatan per kapita cuma AS$350, kini meningkat sehingga kepada AS$9,000 per kapita.

"Jumlah dagangan negara bernilai hampir US$1 trilion dan jumlah ini masih antara yang terbesar bagi sebuah negara yang kecil. Tanpa TPPA, kita dapat membesarkan dagangan negara dan memperoleh keuntungan daripadanya." "Kenapa kita harus menerima perjanjian ini yang akan membuka pasaran negara kepada modal dan teknologi mereka (AS)," katanya semasa menyampaikan ucaptama pada Persidangan Meja Bulat TPPA hari ini.

Selain itu, Mahathir turut berkata, Malaysia bakal terdedah kepada jualan mata wang tempatan kerana kawalan ke atas kadar pertukaran tidak dibenarkan di dalam TPPA.

TPPA adalah satu bentuk perjanjian bebas yang berusaha untuk mewujudkan suasana dalam keadaan kegiatan perdagangan dan pelaburan yang merentasi sempadan negara yang akan dapat dijalankan oleh syarikat-syarikat perniagaan di semua negara yang terlibat.

Perjanjian yang dalam proses rundingan itu melibatkan 12 negara, iaitu Amerika Syarikat, Australia, Brunei, Malaysia, Kanada, Chile, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Vietnam dan Jepun. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment