My Add

Sunday 4 August 2013

Bank Rakyat anjur kembara amal Ramadan

 *  PESERTA Konvoi Amal Ramadan 2013 bersama sebahagian daripada 85 anak yatim dan asnaf di Rumah Kasih Harmoni Paya Jaras, Subang Jaya, Selangor, semalam.
KUALA LUMPUR, SABTU, 03 Ogos, 2013:Sebanyak 85 anak yatim dan asnaf Rumah Kasih Harmoni Paya Jaras, Subang Jaya, Selangor diraikan dalam majlis Konvoi Amal Ramadan 2013 anjuran Kelab Sukan Bank Rakyat (Kebara) Bikers semalam.

Konvoi yang pertama kali diadakan itu disertai sebanyak 40 buah motosikal berkuasa tinggi Kebara Bikers termasuk ahli Kelab Kembara Bermotosikal Utusan Melayu (KKBUM).

Pengurus Besar Kanan, Perkhidmatan Korporat Bank Rakyat, Rosman Mohamed yang mengetuai konvoi itu berkata, program tanggungjawab sosial korporat tersebut bertujuan menyemarak suasana Ramadan di samping mengeratkan hubungan antara kakitangan yang mengambil bahagian.

Kembara itu turut disertai Ketua Pemasaran dan Komunikasi Bank Rakyat, Saliman Zainal, Pengetua Rumah Kasih Harmoni Paya Jaras, Jamaluddin Wahab dan Presiden KKBUM, Mohd. Hazli Hassan. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment