My Add

Thursday 15 August 2013

Bantuan AKPK elak muflis

 
KUALA LUMPUR, RABU, 14 Ogos, 2013: Statistik jumlah individu muflis di negara ini yang dianggarkan kira-kira suku juta atau lebih daripada 250,000 orang menunjukkan betapa perlunya perkhidmatan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) melalui Program Pengurusan Kredit (PPK) dalam usaha mengurangkan jumlah tersebut.

Jumlah itu juga sekali gus menunjukkan AKPK sebuah organisasi yang ditubuhkan khas di bawah Bank Negara bagi membantu orang ramai menguruskan hutang mereka secara percuma perlu diperkasakan dari semasa ke semasa.

Sejak AKPK ditubuhkan, agensi itu sudah berjaya membantu menguruskan hutang berjumlah RM5 bilion membabitkan 92,011 peminjam setakat ini di bawah PPK.

Menerusi PPK, para kaunselor akan bekerjasama menyediakan pelan pembayaran semula pinjaman secara peribadi melalui rundingan dengan penyedia perkhidmatan kewangan peminjam.

Walaupun AKPK tidak menyediakan pinjaman atau pembiayaan kewangan tetapi organisasi itu menyediakan perkhidmatan kepada semua individu yang memerlukan bantuan dalam mengurus bebanan kredit dengan institusi kewangan yang dikawal selia oleh Bank Negara.

Ketua Komunikasi Korporatnya, Mohamad Khalil Jamaldin berkata, sejak ditubuhkan pada 2006, secara keseluruhannya, seramai 225,958 orang menerima kaunseling daripada AKPK dengan 40.7 peratus atau 92,011 orang daripadanya terbabit dengan PPK.

Menurut beliau, mana-mana individu yang memerlukan bantuan untuk mengurus hutang boleh hadir untuk mendaftar di cawangan AKPK di seluruh negara.

"Khidmat nasihat dan kaunseling tentang pengurusan kewangan melibatkan kaunseling dan nasihat berhubung bajet kewangan, pengurusan wang dan isu-isu kredit termasuk membantu individu membuat belanjawan bagi mengurus perbelanjaan mereka.

"Perkhidmatan kaunseling dan khidmat nasihat secara bersemuka digunakan bagi membolehkan kaunselor menilai masalah yang dihadapi secara terus dengan lebih terperinci dan semua maklumat pelanggan adalah sulit dan dirahsiakan," jelasnya.

Katanya, PPK seterusnya membantu individu dalam menyediakan pelan pembayaran semula pinjaman melalui rundingan dengan penyedia perkhidmatan kewangan.

"Pelan tersebut akan membantu individu membayar balik pinjaman dan mengawal semula kewangan mereka dengan cara yang baik.

"Kami sentiasa mengalu-alukan individu yang berdepan dengan masalah kewangan untuk berjumpa dengan wakil kami di 11 cawangan AKPK di seluruh negara dan perkhidmatan adalah percuma," katanya.

Beliau juga memberitahu, kriteria utama untuk menjadi sebahagian daripada PPK ialah tidak muflis, jumlah hutang tidak lebih daripada RM2 juta dan semua pinjaman perlu melibatkan bank berlesen dan koperasi berdaftar.

Selain itu, beliau menjelaskan, AKPK juga telah memperkenalkan Power! iaitu pengurusan wang ringgit sebagai program pendidikan kewangan praktikal yang dikendalikan oleh AKPK. - UTUSAN 

2 comments:


  1. Mereka yang mencari bantuan keuangan atau di mana untuk mendapatkan pinjaman bulan suci Ramadan ini, periksa Clara Pinjaman, karena saya baru saja pinjaman saya dari mereka sekarang. Saya bertemu mereka melalui Linkedin (Clara Pinjaman), dan saya mengikuti arahan mereka dan saya mendapat pinjaman saya hanya setelah membayar biaya penerimaan saya, yang bagian dari itu digunakan untuk membayar sedekah untuk anak-anak muslim pengungsi dari Suriah. Conact mereka untuk pinjaman Anda saat Anda membantu anak Suriah juga.

    Email: Claraloan@financier.com
    Website: Claraloans.wordpress.com

    ReplyDelete
  2. Kawasan kluang johor di mana ia cik.

    ReplyDelete