My Add

Thursday 15 August 2013

PM puji gambar rakaman Che' Ahmad Azhar

 * SALAH satu gambar karya Che' Ahmad Azhar yang dimuatkan dalam laman blog The New York Times.
KUALA LUMPUR, RABU,, 14 Ogos, 2013: Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memuji Che’ Ahmad Azhar kerana gambar rakamannya dimuatkan di dalam laman blog The New York Times.

“Syabas!," kata Perdana Menteri melalui akaun Twitternya. Lens, laman blog fotografi The New York Times, memuatkan gambar rakaman Che’ Ahmad bertajuk Walk of Life bagi mengiringi artikel berjudul A Street-Level View of Kuala Lumpur tulisan Maggie Steber.

Che Ahmad, 49, bekas pengarah pengiklanan dan jurufoto landskap, sering ke Jalan Petaling, Leboh Ampang di Little India dan Pudu untuk merakam gambar menarik. -  BERNAMA 

No comments:

Post a Comment