My Add

Wednesday 14 August 2013

Mayat pemuda lemas kelmarin ditemui malam tadi

Oleh KAMARUDDIN HAMZAH

BESUT, SELASA, 13 Ogos, 2013: Seorang pemuda yang dikhuatiri lemas di Sungai Bukit Keluang dekat Kampung Raja dekat sini kelmarin ditemui mati lemas tidak jauh dari tempat dia dilaporkan hilang malam tadi.

Komander Operasi Mencari, Penolong Penguasa Bomba Hasmadi Jusoh berkata, mayat Nik Mohd. Azreen Nik Adnan, 23, ditemui lengkap berpakaian dan terapung oleh pasukan mencari dan menyelamat kira-kira pukul 7.45 malam.

Mangsa yang menetap di Taman Subang Perdana, Shah Alam, Selangor pulang beraya di rumah neneknya di Kampung Pengkalan Nyireh.

Dia dikatakan pergi ke Sungai Bukit Keluang bersama seorang rakan untuk bersiar-siar dan mandi pada petang kejadian.

Difahamkan mangsa menyeberang sungai berkenaan bersama rakannya untuk melihat kawasan penyu bertelur tetapi tenggelam dan hilang beberapa minit manakala rakannya sempat berenang ke seberang. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment