My Add

Tuesday 20 August 2013

Bom: Tempoh reman anggota tentera dilanjut

Oleh AZRAN FITRI RAHIM

TUMPAT, SELASA, 20 Ogos, 2013: Tempoh tahanan reman seorang anggota tentera yang ditahan pada 14 Ogos lalu bagi membantu siasatan kes letupan bom di Taman Sri Periuk di sini baru-baru ini yang mengakibatkan seorang kerani sekolah terbunuh dilanjutkan selama tujuh hari lagi bermula esok.

Perintah tersebut dikeluarkan oleh Majistret Ahmad Adha Yasser Amri mengikut Seksyen 117 Kanun Keseksaan di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Kelmarin, polis menahan seorang lelaki yang dipercayai bersengkongkol dengan suspek dalam kejadian tersebut semasa menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat di sini.

Kedua-dua suspek berkenaan ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Dalam kejadian 11 Ogos lalu, seorang kerani maut dengan kedua-dua tangannya putus setelah mengambil satu bungkusan mengandungi bahan letupan yang ditinggalkan di atas sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di halaman rumah mentuanya di Taman Sri Periuk dekat sini.

Mangsa, Mohd. Yusrizal Mat Zain, 32, yang bertugas di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Krai meninggal dunia di tempat kejadian. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment