My Add

Wednesday 21 August 2013

Lagi tunjuk perasaan di Mesir

 *TRAK polis dipercayai digunakan pasukan keselamatan untuk memindahkan 36 anggota Ikhwanul Muslimin ke sebuah penjara lain, kelmarin. Kesemua tahanan dipercayai maut akibat lemas bersesak-sesak di dalam trak. - AGENSI
KAHERAH, SELASA, 20 Ogos, 2013: Tunjuk perasaan antirampasan kuasa kembali diadakan di Mesir ketika gesaan dibuat supaya siasatan antarabangsa dijalankan berhubung kematian 36 penunjuk perasaan dalam tahanan pasukan keselamatan.

Tunjuk perasaan itu diadakan di beberapa kawasan termasuk Helwan di Kaherah, Assiut, Zagazig dan Gharbia, petang semalam.

Anggota tentera dan kereta perisai turut ditempatkan di Kaherah untuk mengawal bangunan-bangunan kerajaan.

Tunjuk perasaan berlaku beberapa jam selepas Perikatan Antirampasan Kuasa, termasuk Ikhwanul Muslimin, menuntut siasatan rasmi dibuat ke atas kematian 36 lelaki yang sedang diangkut dalam trak polis untuk dipindahkan ke penjara lain.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Ban Ki-moon semalam turut menggesa 'siasatan penuh' dijalankan ekoran insiden itu.

Beliau menyuarakan rasa kecewa dengan laporan kematian tahanan itu, menurut jurucakap Ki-monn, Martin Nesirky.

Sementara itu, seorang wartawan rakyat Mesir yang bekerja dengan akhbar al-Ahram ditembak mati oleh pasukan keselamatan di Delta Nil, malam tadi.

Ketua Biro Tamer Abdel Raouf ketika itu dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas menghadiri mesyuarat dengan gabenor wilayah Beheira, beberapa jam selepas bermulanya perintah berkurung pada pukul 7 petang waktu tempatan.

Seorang lagi wartawan bersama mangsa, Hamed El-Barbary dari akhbar al-Gomhuriya turut cedera dalam insiden itu.

Wartawan secara rasminya dikecualikan daripada perintah berkurung, tetapi sumber keselamatMesir mendakwa, kenderaan mangsa tidak mengendahkan arahan berhenti. - AGENSI/AFP/UTUSAN

No comments:

Post a Comment