My Add

Saturday 10 August 2013

Bot ikan bilis terbakar, kerugian kira-kira RM1 juta

LANGKAWI, JUMAAT, 09 Ogos, 2013: Sebuah bot menangkap ikan bilis musnah terbakar yang mengakibatkan kerugian kira-kira RM1 juta di Jeti Bukit Malut hari ni.

Bot yang dilabuhkan di jeti itu tidak dijaga kerana semua awak-awaknya bercuti sempena hari raya.

Menurut pihak bomba, seorang lelaki yang cuba memadam api cedera ringan dan dirawat di hospital.

Ketua Pegawai Bomba dan Penyelamat Langkawi, Yaakob Hassan berkata pukat,
enjin bot serta peralatan lain musnah terbakar dalam kejadian 2.10 petang itu.

Punca kebakaran masih disiasat, katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment