My Add

Monday 26 August 2013

Kerajaan kaji beri elaun kepada anggota SRS

Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN

KOTA BHARU 26 Ogos - Kerajaan akan mengkaji pemberian elaun kepada anggota Skim Rondaan Sukarela (SRS) seluruh negara sebagai menghargai sumbangan mereka dalam menjaga keselamatan awam di kawasan masing-masing.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup berkata, perkara itu masih belum diputuskan dan jika dipersetujui akan menjadi tambahan kemudahan yang dinikmati setiap anggota SRS selepas kerajaan telah meluluskan skim insurans kepada mereka sebelum ini.

"Kita akan kaji selanjutnya, oleh kerana mereka jalankan tugas dengan baik maka kerajaan mengkaji sama ada boleh beri elaun atau tidak tetapi, perkara pertama, walaupun bekerja secara sukarela setiap kali ada
program mereka menjalankan tugas dengan sepenuh hati.

"Kami sedar anggota SRS menjalankan tugas yang cukup baik bukan sahaja menjaga keselamatan dengan pihak keselamatan seperti polis tetapi mereka juga terlibat membantu pihak berkenaan mengurangkan jenayah yang berlaku di kawasan kampung," katanya pada Majlis Hari Raya Komuniti Rukun Tetangga (KRT) Kampung Pangkal Kuang di sini hariini. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment