My Add

Saturday 17 August 2013

Halimah Sadique nak tunggu dan lihat

Oleh Oleh IFQDAR RAHMAN

KOTA TINGGI, JUMAAT, 16 Ogos, 2013: Ketua Wanita UMNO Bahagian Tenggara, Datuk Halimah Mohd. Sadique lebih gemar mengambil pendekatan tunggu dan lihat menjelang pemilihan pucuk pimpinan parti yang bakal berlangsung pada Oktober ini.

Sebaliknya, beliau yang juga Ahli Parlimen Tenggara lebih mementingkan soal pengukuhan dan kesiapsiagaan parti berbanding memikirkan calon yang layak bertanding atau tidak pada pemilihan kali ini.

"Masa ada banyak masa lagi dan buat mas ini saya hanya mahu tunggu dan lihat. Bukan masanya untuk membincangkan isu calon yang akan bertanding kelak.

"Pada pemilihan itu nanti, hak demokrasi akan diserahkan balik kepada ahli UMNO untuk mereka memilih calon yang layak bergelar pemimpin," katanya ketika ditemui pada Majlis Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Tenggara di Dewan Serbaguna Taman Kota Jaya, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment