My Add

Friday 23 August 2013

Hanya 7 mangsa kemalangan masih belum dikenal pasti

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 22 Ogos, 013: Hanya tinggal tujuh mangsa yang maut dalam kemalangan bas ulang-alik Genting Highlands di Kilometer 3.5, Jalan Genting-Highlands-Kuala Lumpur semalam belum dikenal pasti identiti mereka.

Pakar Perunding dan Ketua Jabatan Kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL), Datuk Dr. Abu Hassan berkata, daripada 37 yang terbunuh, hanya tujuh orang yang belum diketahui identitinya kerana ada mangsa dijumpai tanpa memiliki dokumen pengenalan diri.

Beliau berkata, sebanyak 16 mangsa iaitu sembilan warga asing dan tujuh rakyat tempatan yang cedera parah kini dalam keadaan stabil.

"Hanya tiga orang yang cedera parah masih dirawat di Unit Rawatan Rapi iaitu dua mangsa di HKL dan seorang di Hospital Selayang," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas mengiringi Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein melawat mangsa yang cedera di HKL hari ini.

Usaha mengenal pasti identiti ketujuh-tujuh mangsa sedang dilakukan tetapi tiada senarai penuh nama mangsa yang sudah dikenal pasti diberikan kepada media.

Setakat ini, pihak media hanya mendapat 20 nama mangsa yang disahkan terbunuh iaitu terdiri daripada 15 rakyat tempatan, masing-masing dua warga India dan Bangladesh serta seorang Korea Selatan.

Seorang lelaki warga Bangladesh yang terkorban turut memiliki pasport Kanada. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment