My Add

Sunday 25 August 2013

Mesir buka semula sempadan Rafah

GAZA, AHAD, 25 Ogos, 2013: Kerajaan sementara Mesir semalam membuka semula sempadan Rafah yang menghubungkan Semenanjung Gaza selepas laluan itu ditutup selama empat hari.

Keputusan tersebut sekali gus membolehkan beribu-ribu orang yang terkandas untuk masuk atau keluar dari wilayah Palestin yang dikuasai pergerakan Hamas.

Sebelum ini, beribu-ribu rakyat Palestin, termasuk pelajar dan pesakit yang menunggu rawatan, tidak dapat meneruskan perjalanan ke Mesir selepas Kaherah menutup laluan sempadan Rafah dan turut menyebabkan beratus-ratus orang tidak dapat memasuki wilayah berkenaan. - REUTERS/UTUSAN 

No comments:

Post a Comment