My Add

Saturday 3 August 2013

Ikut jadual waktu perjalanan balik kampung - PLUS

Oleh KHAIRULANUAR YAHAYA

PETALING JAYA, JUMAA, 02 Ogos, 2013: Sebanyak 1.4 juta kenderaan sehari dijangka menggunakan Lebuh Raya Utara Selatan sempena cuti perayaan Hari Raya Aidilfitri ini.

Pengarah Urusan PLUS Berhad, Datuk Noorizah Abdul Hamid berkata, jumlah berkenaan merupakan peningkatan 30 peratus berbanding 1.1 juta kenderaan sehari pada hari-hari biasa.

Justeru beliau menasihatkan para pengguna lebuh raya berkenaan agar mematuhi jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang dikeluarkan PLUS bagi mengelakkan kesesakan trafik.

"Jadual TTA kali ini memberi fokus kepada perjalanan di Lebuh Raya Utara-Selatan antara 2 hingga 7 Ogos bagi perjalanan balik kampung serta antara 10 hingga 18 Ogos bagi perjalanan balik ke Lembah Klang," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif PLUS, Mohammad Fuad Khusairi.

Jelas Noorizah, pematuhan tinggi terhadap jadual TTA pada musim-musim perayaan yang lalu membuktikan keberkesanan jadual tersebut bagi mengurangkan kesesakan di Lebuh Raya Utara-Selatan.

Katanya, PLUS juga akan membuka 1,500 kaunter tol manakala 3,000 petugas akan bertugas pada cuti perayaan Aidilfitri di sepanjang laluan lebuh raya berkenaan.

"Sebanyak 156 pasukan PLUSRonda turut ditugaskan membuat rondaan 24 jam sehari.

"Bagi pemegang kad bayaran elektronik mereka berpeluang menikmati rebat tol sebanyak 20 peratus pada hari tertentu," katanya. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment