My Add

Saturday 3 August 2013

PM harap hubungan Malaysia-China kekal kukuh

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 02 Ogos, 2013: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berharap hubungan antara Malaysia dan China akan kekal kukuh untuk tahun-tahun akan datang, sepertimana hampir 40 tahun lepas.

"Hubungan antara Malaysia dan China kekal kukuh selepas hampir 40 tahun. Saya berharap kami akan menikmati perkara sama untuk 40 tahun akan datang," katanya dalam mesej di Twitter beliau hari ini.

Menteri Luar China, Wang Yi mengunjungi Najib di pejabatnya di Putrajaya semalam sempena lawatan seharinya ke negara ini.

Ini merupakan lawatan pertama Wang Yi ke negara ini sejak memegang jawatan Menteri Luar pada Mac. Lawatan itu menandakan keprihatinan China terhadap hubungannya dengan Malaysia, yang menjalin kerjasama perdagangan dan ekonomi sebagai aspek utama.

Tatkala Malaysia dan China bakal menyambut ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik pada 2014, lawatan Wang Yi menunjukkan komitmen kerajaan China untuk mengguna pakai pendekatan lebih luas dalam hubungannya dengan Malaysia secara khusus dan rantau ini secara amnya. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment