My Add

Monday 5 August 2013

Isu pemilihan DAP: Diam tanda benar ? - Asoghan

PULAU PINANG, AHAD, 04 Ogos, 2013: Tindakan berdiam diri kepemimpinan DAP terutama ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) terhadap Laporan Ekuiti (Penipuan Pemilihan CEC) susunan Father Augustus Chen seperti menunjukkan pendedahan dalam dokumen berkenaan mengenai penipuan yang dilakukan adalah benar.

Bekas Ketua Cawangan DAP Jalan Bagan Luar, G. Asoghan berkata, beliau hairan kerana sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil terhadap penulis buku itu jika benar kandungannya merupakan fitnah

Sehubungan itu jelasnya, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung parti, Lim Guan Eng seharusnya segera tampil menjelaskan perkara berkenaan sekali gus menafikan dakwaan tersebut.

“Selalunya DAP atau pembangkang akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang dikatakan cuba memfitnah mereka tetapi dalam isu ini mana pergi pemimpin DAP terutamanya ahli CEC?

“Sikap berdiam diri seolah-olah mengiyakan laporan berkenaan dan ahli parti semuanya perlu bangkit serta mendesak kepimpinan DAP agar segera menjelaskan perkara itu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Asoghan sebelum ini mendedahkan buku bertajuk Laporan Ekuiti (Penipuan Pemilihan CEC) susunan Father Augustus Chen yang mendakwa berlaku kepincangan CEC dengan ulasan yang begitu teliti.

Beliau dalam pada itu menegaskan, sekiranya terbukti laporan yang didedahkan itu benar, ahli DAP perlu menolak semua pemimpin terlibat demi kelangsungan parti pada masa hadapan selain amalan ketelusan dapat diwujudkan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment