My Add

Saturday 17 August 2013

Jalan raya Pan-Borneo siap 93 peratus

KOTA KINABALU, JUMAAT, 16 Ogos, 2013:  Rangkaian jalan raya Pan Borneo yang menghubungkan Sarawak, Brunei dan Sabah kini siap 93 peratus dengan selebihnya masih dalam proses pembinaan, kata Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Menurut beliau, jalan raya Pan Borneo sepanjang 2,239 kilometer bermula dari Sematan di bahagian barat Sarawak melalui bandaraya Kuching, Serian, Sri Aman, Sarikei, Sibu, Bintulu, Miri, Limbang, Lawas, Kota Kinabalu, Sandakan dan seterusnya ke Tawau, Sabah.

"Keseluruhan jalan raya ini telah berturap dan sepanjang 248.65 kilometer mempunyai tahap empat lorong atau enam lorong manakala bakinya masih ditahap dua lorong, ini tidak termasuk ’missing link’ sepanjang 50 kilometer dari Kalabakan, Sabah ke Serudong, Kalimantan yang masih dalam proses pembinaan," katanya pada majlis taklimat media mengenai Jalan Raya Pan Borneo di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Pembangunan Kementerian Kerja Raya Mohd Azlan Mon Jamaluddin dan Ketua Penolong Pengarah Jalan Raya Sabah Ali Ahmad Hamid.

Rosnah berkata, bagi tahun ini, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM89 juta untuk melaksanakan program membaik pulih Jalan Raya Pan Borneo iaitu RM41.8 juta bagi negeri Sabah dan RM47.2 juta bagi negeri Sarawak di bawah Rancangan Malaysia Ke-10. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment