My Add

Thursday 22 August 2013

Malaysia, Thailand perlu kerjasama piawaian halal - TPM

Daripada MUHD. NIZAM ABD. HAMID

BANGKO, KHAMIS, 22 Ogos, 2013: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, institusi penyelidikan di Malaysia dan Thailand perlu mengadakan kerjasama lebih rapat dalam menentukan satu piawaian seragam dapat diguna pakai bagi menentukan status halal sesuatu produk.

Menurutnya, langkah itu penting bagi mengelak kekeliruan dan berlakunya perbezaan dalam pelaksanaan menentukan piawaian halal.

"Buat permulaan mungkin kedua-dua negara dapat menentukan standard halal yang seragam untuk mereka sendiri, sebelum diperluaskan ke peringkat lebih jauh," katanya selepas menghadiri taklimat mengenai Pusat Sains Halal Universiti Chulalongkorn di sini hari ini.

Beliau yang dalam lawatan kerja rasmi dua hari ke negara ini sebelum itu diberikan penerangan tentang pusat berkenaan oleh Pengarahnya, Prof. Madya Dr. Winai Dahlan.

Turut memberi taklimat ialah Pengarah Institut Standard Halal Thailand, Prof. Madya Dr. Pakorn Priyakorn.

Yang turut hadir Duta Besar Malaysia ke Thailand, Datuk Nazirah Hussain; Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Mahathir dan Menteri Besar Perlis, Azlan Man. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment