My Add

Sunday 25 August 2013

Suami isteri maut dirempuh ketika berjoging

IPOH, AHAD, 25 Ogos, 2013: Sepasang suami isteri maut dirempuh sebuah kenderaan ketika keluar berjoging di Jalan Raja Dr. Nazrin Shah di sini sehingga tercampak kira-kira 10 meter, berhampiran Bulatan Sultan Idris Shah awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 pagi, mangsa, Lee Won Bin, 51, dari Taman Lapangan Pelangi maut di tempat kejadian sementara isterinya, Teh Siew Choon, 47, meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah, Deputi Supritendan Wan Sharuddin Wan Omar berkata, sewaktu kejadian kenderaan itu dipandu oleh seorang pekerja swasta berusia 30 tahun dalam perjalanan pulang ke rumahnya.

Beliau berkata, kenderaan tersebut hilang kawalan dan terbabas sebelum melanggar pasangan tersebut.

"Keadaan jalan lurus, cuaca baik dan jalan kering. Malah aliran trafik juga tidak sibuk di jalan yang mempunyai dua hala itu.

"Pemandu kenderaan tersebut bagaimanapun tidak mengalami kecederaan," katanya ketika dihubungi hari ini. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment