My Add

Wednesday 14 August 2013

Kaunter bergerak JPJ mudahkan urusan pelanggan

 *ARIFIN Che Mat sambil diperhatikan oleh Zakaria Man (kanan) memotong reben sebagai simbolik melancarkan van kaunter bergerak JPJ Zon Tengah di Kampung Damak, Jerantut, Pahang, baru-baru ini.
JERANTUT, SELASA, 13 Ogos, 2013: Penyediaan kaunter bergerak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sejak awal bulan lalu memudahkan pelanggan menjalankan urusan dengan jabatan itu secara lebih berkesan.

Timbalan Ketua Pengarah JPJ, Arifin Che Mat berkata, pengenalan kaunter bergerak yang disediakan mengikut zon di Semenanjung menyediakan perkhidmatan seperti pelesenan, cukai jalan dan pembayaran saman.

Tambahnya, tiga van yang dijadikan kaunter bergerak beroperasi mengikut zon iaitu di utara, selatan dan tengah.

"Bagi zon utara, kaunter tersebut beroperasi di JPJ Kedah diikuti zon selatan di Johor dan zon tengah di Pahang.

"Van tersebut yang dikendalikan petugas serta dilengkapi komputer serta talian internet akan ditempatkan di lokasi terpilih dan beroperasi mengikut jadual di kawasan kampung dan pinggir bandar serta menjelajah semua negeri dalam zon berkenaan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Kaunter Bergerak JPJ Zon Tengah sempena program 1Komuniti 1JPJ di Kampung Damak, dekat sini baru-baru ini.

Yang turut hadir Pengarah JPJ negeri, Datuk Zakaria Man; Ketua Bahagian Penguat Kuasa JPJ negeri, Mohamat Johari Mat Nor dan Ketua Penguat Kuasa Cawangan JPJ Raub, Dasiman Mat Zain.

Mengulas lanjut Arifin berkata, sekiranya berjaya pihaknya akan menempatkan van berkenaan di setiap negeri bagi tujuan mobiliti kaunter berkenaan.

Katanya, kemudahan berkenaan antara alternatif yang berkesan dalam membantu penduduk sejajar dengan bidang transformasi sosial dan perkhidmatan bagi memenuhi aspirasi pembangunan kerajaan ketika ini. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment