My Add

Wednesday 14 August 2013

NGO Islam bantah syor MCCBCHST

 * MOHD. Azmi Abdul Hamid (tengah) menunjukkan memorandum membantah cadangan MCCBCHST di Sungai Petani, Kedah, semalam. - UTUSAN/ABD. RAZAK OSMAN
SUNGAI PETANI, SELASA, 13 Ogos, 2013: Tujuh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di Kedah hari ini membantah cadangan Majlis Perundingan Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST) agar dipinda perlembagaan berhubung peranan ibu bapa dalam penukaran agama anak di lima negeri.

Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd. Azmi Abdul Hamid berkata, presiden majlis antara agama itu, Jagir Singh, sebelum ini mahu memastikan lima negeri iaitu Kedah, Perak, Melaka, Negeri Sembilan dan Sarawak, melakukan pindaan untuk menjadikan undang-undang itu selari dengan Perlembagaan Persekutuan.

"Kami ingin menegaskan bahawa undang-undang Islam tidak akan dibenarkan dipinda mengikut tuntutan penganut agama lain, malah soal hukum agama Islam tidak akan tertakluk kepada desakan agama lain.

"Pandangan majlis itu tidak boleh dilayan kerana ia mencampuri urusan dalam hukum agama Islam, mencabar kuasa negeri yang berkuasa terhadap agama Islam sekali gus mencabar kuasa sultan yang menjaga urusan agama Islam di negeri-negeri," katanya dalam sidang media di pejabat Mapim di sini, hari ini.

Turut hadir wakil beberapa NGO termasuk Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Pertubuhan Hal Ehwal Sekolah Agama Kedah (Hesa), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Kedah, Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia (Salimah), Pusat Santuni Rakyat (PSR) Kedah dan Pertubuhan Darul Mustafa Kedah. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment