My Add

Wednesday 14 August 2013

Kerajaan sudah kaji analisis sebelum sertai TTPA

 Hamim Samuri
LEDANG, SELASA, 13 Ogos, 2013: Kerajaan sudah mengkaji hasil laporan analisis kos faedah yang diperoleh daripada program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) sebelum menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ir. Hamim Samuri berkata, hasil laporan analisis itu juga sudah diteliti di peringkat Parlimen dengan mengambil kira pelbagai perkara sama ada daripada aspek positif juga sebaliknya.

"Kementerian bersama-sama agensi kerajaan akan berunding dengan 11 negara yang mengambil bahagian dalam rundingan TPPA bagi membincangkan kemungkinan permasalahan yang timbul apabila dilaksanakan nanti.

"Dalam masa sama, kerajaan mengambil kira pandangan atau syor-syor yang dibuat dalam laporan (analisis kos-faedah) kerana ia sebenarnya sangat baik serta menjadi satu daripada pegangan perunding," katanya dalam sidang akhbar majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjurannya di Dewan Jubli Intan Tangkak, di sini malam tadi.

Hamim yang juga Ahli Parlimen Ledang mengulas saranan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meminta kerajaan mengendalikan satu analisis kos-faedah menyeluruh dan tidak berat sebelah sebelum TPPA ditandatangani.

Mengulas lanjut, Hamim berkata, buat masa ini kerajaan tidak berhasrat mendedahkan laporan itu kepada umum kerana terikat dengan persetujuan negara lain bahawa kandungannya tidak boleh disebar luas kepada orang ramai sebelum dimuktamadkan.

"Hasil analisis ini mungkin diterima atau tidak. Sebab itu tidak boleh didedahkan. Ini permintaan semua negara yang terlibat iaitu Australia, Brunei, Kanada, Chile, Mexico, New Zealand, Peru, Jepun, Singapura, Amerika Syarikat dan Vietnam," katanya. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment