My Add

Wednesday 14 August 2013

Ketua Sami Malaysia mohon maaf

KUALA LUMPUR, RABU, 14  Ogos, 2013: Ketua Sami Malaysia, Ven Datuk K. Sri Dhammaratana Nayake Maha Thera memohon maaf kepada semua umat Islam di negara ini mewakili kumpulan penganut Buddha dari Singapura yang bertindak mencemar kesucian surau di sebuah resort di Johor.

Beliau menasihati penganut Buddha di Malaysia dan Singapura supaya menghormati sensitiviti agama lain ketika menunaikan tanggungjawab dan kewajipan agama sendiri.

Katanya, langkah itu selaras dengan prinsip asas agama itu sendiri yang mementingkan keharmonian sejagat seperti dijelaskan oleh Tuhan Buddha iaitu "adalah mustahil untuk membina kebahagiaan sendiri atas ketidakbahagiaan orang lain".

"Kami ingin memohon maaf terhadap penganut Islam atas tindakan kumpulan Buddha dari Singapura yang melakukan sesi meditasi di dalam surau sebuah resort di Kota Tinggi, Johor,'' katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment