My Add

Wednesday 14 August 2013

Lelaki Sarawak mati ditikam rakan senegeri

SUBANG, JAYA. RABU, 14 Ogos, 2013: Seorang lelaki berasal dari Sarawak mati ditikam rakan senegeri selepas terbabit dalam satu pergaduhan di rumah sewa mereka di kawasan perindustrian di Jalan Utama 2/1 Taman Puchong Utama, di sini malam tadi.

Mangsa Morris Asang Yahya, 22, difahamkan telah diserang di dalam kereta ketika cuba melarikan diri sekitar pukul 11 malam.

Timbalan Ketua Polis Subang Jaya, Supritendan Tan Ah Chua berkata, mangsa dan suspek serta beberapa orang lagi yang menyewa di sebuah rumah di tingkat 2 bangunan rumah kedai telah bergaduh ketika sedang minum minuman keras.

“Mangsa difahamkan telah melarikan diri dan memasuki kereta Proton Saga tetapi ditahan suspek yang kemudian menikam mangsa dengan dua bilah pisau dapur," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di lokasi kejadian.

Tambah Ah Chua, polis kini sedang mengesan suspek yang bernama Paul Lagang Anak Malit, 26, untuk siasatan lanjut. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment