My Add

Friday 23 August 2013

Kumpulan pertama pulang

 *MOHAMAD Thajudeen Abdul Wahab (lima, kanan), Abdul Malek Abdul Aziz (enam, kanan) dan Shaiful Anuar Mohamad (empat, kanan) berbual dengan pelajar Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah di Mesir sebelum mereka berlepas pulang ke ibu negara pukul 1 petang waktu tempatan, semalam.
KAHERAH, KHAMIS, 22 Ogos, 2013: Sebanyak 424 pelajar Malaysia di Mesir dibawa pulang ke tanah air setakat pukul 1 petang waktu tempatan (7 malam Malaysia) menerusi empat penerbangan termasuk sebuah penerbangan khas.

Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Mohamad Thajudeen Abdul Wahab berkata, kumpulan pertama penghantaran pelajar Malaysia adalah menerusi Egypt Air pada pukul 11.40 malam tadi melibatkan enam orang.

Beliau berkata, kumpulan itu disusuli sekumpulan lapan pelajar dari Iskandariah menerusi penerbangan Emirates pada 12.10 tengah malam tadi manakala kumpulan ketiga menerusi pesawat Singapore Airlines, pada 10.40 pagi hari ini melibatkan 45 orang.

"Kumpulan keempat pula adalah yang terbesar menerusi penerbangan khas pada pukul 1 petang ini melibatkan 365 orang.

"Penghantaran ini akan disusuli lagi beberapa kumpulan termasuk malam ini yang dijangka dua orang dan esok bergantung kepada kekosongan tempat duduk," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah di sini hari ini.

Turut bersama beliau menguruskan penghantaran pulang pelajar ialah Duta Malaysia ke Jordan, Datuk Abdul Malek Abdul Aziz dan Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Malaysia di Kaherah, Shaiful Anuar Mohammad.

Sementara itu, beliau berkata, sejak tawaran dibuat kerajaan, sambutan daripada pelajar memang agak tinggi walaupun ada sebahagian membuat keputusan untuk kekal di Mesir.

Katanya, malah ramai yang minta dibawa pulang sebelum esok bagi mengelakkan bantahan besar-besaran yang dijangkakan berlaku selepas solat Jumaat.

"Kumpulan penunjuk perasaan pun isytihar esok sebagai Jumaat syahid dan mereka mengajak sejuta berarak di jalanan dan oleh itu kita nak elak sebarang keadaan tak menentu jika apa-apa berlaku esok.

"Sebab itu kita cuba hadkan pergerakan esok untuk pastikan keselamatan pelajar dan yang masih ada di Kaherah kita telah ingatkan jangan sesekali terlibat dengan mana-mana kumpulan," jelasnya.

Tambah Thajudeen, cabaran dalam proses menghantar pulang ini pula banyak kerana ada perintah berkurung dan masalah teknikal lain.

"Tapi Alhamdulillah semua dapat dijayakan dengan pesawat khas dapat juga mendarat dan bawa pulang pelajar kita yang telah tunggu sejak petang semalam di lapangan terbang.

"Kita akan pastikan keselamatan pelajar terlibat dan keperluan mereka termasuk makanan diuruskan ketika mereka menunggu di lapangan terbang, - UTUSA 

No comments:

Post a Comment