My Add

Wednesday 21 August 2013

Syarikat AS yakin terhadap prospek perniagaan di Malaysia

 Sanjeev Nanavati
KUALA LUMPUR, SELASA, 20 Ogos, 203: Syarikat Amerika yakin terhadap prospek perniagaan di Malaysia tahun ini dan tahun 2014, kata Presiden dewan Perniagaan Amerika Malaysia (AMCHAM), Sanjeev Nanavati .

Beliau berkata, keyakinan itu diperoleh menerusi kajian oleh AMCHAM Singapura dan Dewan Perniagaan AS mengenai Unjuran Perniagaan ASEAN 2013.

"Sentimen positif dicerminkan oleh 59 peratus oleh mereka yang ditinjau yang mengunjurkan keuntungan meningkat di Malaysia tahun ini, manakala 78 peratus lagi menjangkakannya ia berlaku pada 2014.

"Ini mencerminkan keberkesanan Kerajaan Malaysia serta Program Transformasi Ekonomi," katanya pada taklimat media di sini hari ini.

Nanavati berkata, kerajaan telah mengambil langkah positif sejak beberapa tahun yang menyumbang kepada persekitaran perniagaan yang bertambah baik di negara ini.

Menurut kaji selidik itu, Malaysia merupakan rantaian nilai yang sangat kompetitif, memiliki bahan mentah dan kemudahan menggerakkan produk menerusi pelepasan kastam, yang mendapat markah tertinggi dalam kalangan eksekutif kanan syarikat-syarikat Amerika di negara ini yang terlibat dalam tinjauan itu.

Daripada 475 syarikat Amerika yang mengambil bahagian dalam kaji selidik itu, 32 beroperasi di Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Citibank Bhd. itu berkata, kekuatan berterusan negara adalah dalam infrastruktur tempatan, kemudahan pembiayaan dan mudahnya menjalankan perniagaan.

"Malaysia mencatatkan tahap kepuasan kedua tertinggi untuk infrastruktur di rantau ini selepas Singapura. Selain itu, kemudahan menggerakkan produk melepasi pemeriksaan kastam telah meningkat sebanyak 17 peratus sejak 2012, yang mencerminkan peningkatan dalam menjalankan perniagaan," katanya.

Malaysia juga mempunyai kedudukan terbaik dalam kalangan negara anggota ASEAN dari segi pembiayaan, dengan hanya tiga peratus daripada responden berkata mereka menghadapi kekangan kewangan ketara.

Begitu juga, peminjam tidak menjadi masalah bagi kebanyakan responden dengan 84 peratus menunjukkan mereka tidak menghadapi kos pinjaman yang lebih tinggi.

Menyentuh mengenai dua perjanjian perdagangan bebas utama, beliau berkata, lebih banyak responden menjangkakan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) mempunyai impak yang lebih besar ke atas pelaburan masa depan syarikat berbanding Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP). - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment