My Add

Tuesday 20 August 2013

Langkah tepat MAS tidak diswastakan

KUALA LUMPUR, ISNIN, 19 Ogos, 203: Keputusan kerajaan tidak menswastakan syarikat penerbangan nasional, Malaysia Airlines System Bhd. (MAS) disifatkan satu langkah tepat bagi mengekalkan keutuhan syarikat itu.

Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja Kakitangan Sistem Penerbangan Malaysia (MASEU), Alias Aziz berkata, walau bagaimanapun, kerajaan pada masa sama perlu mengembalikan hak-hak MAS yang terpaksa dikongsi bersama syarikat penerbangan lain bagi menjana semula keuntungan.

''Apabila keputusan ini dibuat, kita tidak mahu ada pihak lain yang cuba mengambil kesempatan demi kepentingan masing-masing.

''Kerajaan juga perlu mengkaji semula hak MAS seperti MAS Catering serta bahagian kejuruteraannya selain hak mendarat empat kali sehari dari Kuala Lumpur ke Sydney yang telah dikurangkan kepada dua kali sehari,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa MAS tidak akan diswastakan kerana pelan pemulihan syarikat penerbangan terbabit menunjukkan jumlah kerugian yang semakin menguncup.

Dalam pada itu, Alias berkata, kerajaan sewajarnya memberi kuasa autonomi kepada pengurusan MAS bagi menyelamatkan syarikat penerbangan kebanggaan negara itu daripada terus dibelenggu masalah kewangan.

Tegas beliau, terlalu banyak 'campur tangan luar' dalam pengurusan MAS menyebabkan syarikat itu gagal berbanding pesaing-pesaing lain.

"Adalah lebih baik sekiranya kerajaan memberi peluang kepada mereka yang benar-benar arif dalam industri ini untuk menyelesaikan masalah dan bukannya menjual syarikat ini kepada pihak diragui niatnya sama ada mahu membantu atau mengambil kesempatan seperti berlaku sebelum ini.

"Apa yang penting sekarang adalah pengurusan MAS perlu diserahkan kepada mereka yang benar-benar ikhlas mahu menyelamatkan syarikat ini.

"Jika diberikan kuasa autonomi, saya yakin pengurusan MAS akan mampu berkembang seperti syarikat penerbangan lain," ujarnya. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment