My Add

Sunday 11 August 2013

Lapan rumah musnah dalam kebakaran

Oleh MALINDA ABDUL MALIK

PULAU PINANG, SABTU, 10 Ogos, 2013: Sebanyak lapan buah rumah setinggan di Kampung Sungai Nibong Kecil dekat sini musnah dalam satu kebakaran besar kira-kira pukul 4.30 petang tadi.

Kedudukan rumah yang rapat selain faktor angin kencang menyebabkan api marak dengan cepat sehingga menyukarkan kerja-kerja memadam kebakaran oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Ketika ini usaha memadam kebakaran masih berterusan oleh lebih 20 anggota bomba membabitkan tiga jentera dari Balai Bomba Bayan Baru selain dibantu oleh pasukan bomba sukarela. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment