My Add

Wednesday 14 August 2013

Malaysia beri amaran senjata biologi ancam keamanan

KUALA LUMPUR 13 Ogos - Malaysia memberi amaran bahawa kewujudan senjata maut biologi dan toxin serta potensi penyalahgunaannya mencetuskan ancaman terhadap keamanan dan keselamatan antarabangsa.

Ini ditegaskan oleh delegasi Malaysia dalam mesyuarat pakar-pakar kumpulan negara-negara ke Konvensyen Senjata Biologi (BWC) di Geneva, Switzerland semalam.

Menurut kenyataan oleh Kementerian Luar hari ini, Malaysia percaya ancaman itu semakin meningkat berikutan kemajuan pesat di bidang sains dan teknologi.

Oleh itu, kata kenyataan itu, perlu wujud kerjasama saintifik dan teknologi antara wakil-wakil negara ke konvensyen itu bagi menentang penyakit berjangkit dan menangani ancaman keganasan bio.

Sehubungan itu, Malaysia akan mengendalikan bengkel berjudul Collaboration Across Sectors to Prepare for and Respond to Biological Incidents (Kolaborasi Merentasi Sektor bagi Persediaan dan Respon terhadap Insiden Biologi) dari 19-22 Ogos di Melaka.

Kenyataan itu berkata, Malaysia akan menjadi hos bagi Bengkel Serantau Konvensyen Senjata Biologi bagi Asia Selatan dan Tenggara di Kuala Lumpur pada 3 dan 4 September.

Bengkel ini selaras dengan keputusan Majlis Kesatuan Eropah (EU) sebagai sokongan kepada Konvensyen Senjata Biologi di Pejabat PBB bagi Urusan Perlucutan Senjata di Geneva dan Unit Sokongan Implementasi BWC. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment