My Add

Saturday 17 August 2013

Mat Sabu enggan jawab soal Syiah libatkan ahli Pas

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 16 Ogos, 2013: Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu enggan mengulas sebarang pertanyaan berhubung isu dakwaan terdapat segelintir pemimpin parti tersebut terlibat dalam gerakan Syiah.

Sebaliknya beliau menegaskan, polemik Syiah sengaja ditimbulkan media arus perdana menjelang muktamar Pas, meskipun pelbagai pihak bimbang penularan Syiah bakal membawa kemudaratan akidah umat Islam di Malaysia.

"Saya tidak mahu jawab mengenai Syiah, sebarang soalan... ini hanya permainan media, saya tidak mahu jawab. Tidak mahu menjawab apa-apa. Maaf," katanya sebagaimana dipetik dari laman portal berita AntaraPos di sini hari ini.

Kenyataan Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu itu dilihat sebagai cubaan mengelakkan diri sebagaimana dilakukan Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar yang memberi jawapan 'menjengkelkan' ketika ditanya mengenai Syiah.

Mahfuz sebelum ini mendakwa isu Syiah sudah berlalu dengan kuih-muih berbuka puasa selepas terdahulu mengeluarkan kenyataan: "Syiah itu benda apa? Kuih berbuka puasa? Saya tak tahu apa Syiah. Ingat kuih buka puasa. Kawasan saya buat bubur lambuk sahaja."

Utusan Malaysia baru-baru ini, yang memetik sumber melaporkan bahawa dua pemimpin tertinggi Pas dikenal pasti bertanggungjawab menyebar dan memberi sokongan politik kepada gerakan Syiah di negara ini.

Sumber sama memberitahu, kedua-dua pemimpin tertinggi Pas tersebut telah sekian lama terlibat dalam gerakan Syiah dengan berselindung di sebalik fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah bagi mengaburi mata orang-ramai dan pihak berkuasa.

Sebelum itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihak berkuasa mempunyai maklumat lengkap penglibatan pemimpin kanan Pas dalam gerakan Syiah dan mengingatkan mereka jangan berselindung di sebalik fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment