My Add

Friday 23 August 2013

Melaka jadi destinasi pelaburan baharu

Oleh FADZLY IZAB
 
 *IDRIS Haron (lima dari kanan) bersalaman dengan Abdul Rahim Noor semasa kunjungan hormat bersama pelabur dari Shanghai, China di Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka, semalam. - UTUSAN/azli ahad
MELAKA, KHAMIS, 22 0gos, 2013: Melaka terus menjadi pilihan pelabur-pelabur luar yang melihat negeri ini sebagai destinasi pelaburan baharu berpotensi tinggi dan menguntungkan terutamanya dalam sektor pelancongan.

Pengerusi WESB Group, Tan Sri Abdul Rahim Noor berkata, perkara itu dibuktikan dengan minat mendalam pelabur kumpulannya dari China yang mahu membawa masuk pelaburan besar ke negeri ini.

Menurutnya, WESB Group yang mengetuai konsortium pelabur dari Shanghai, China telah mengemukakan kertas cadangan pembangunan projek pelancongan mega di kawasan tambak laut di negeri ini kepada kerajaan negeri untuk mendapatkan kelulusan.

"Projek pelancongan mega dengan kos mencecah bilion ringgit itu dilihat berpotensi melonjakkan sektor pelancongan negeri seterusnya membantu menjana pertumbuhan baharu pelbagai sektor hiliran lain seperti industri perkhidmatan dan perniagaan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Ketua Menteri, Datuk Idris Haron di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini hari ini.

Yang hadir sama Pengarah Urusan WESB Group, Datuk David Ong dan wakil konsortium pelaburan dari China, Datuk Richard A.C. Tan.

Jelas Abdul Rahim, status Melaka sebagai Bandaraya Warisan Dunia UNESCO dan destinasi pelancongan terkenal di peringkat antarabangsa menjadi faktor menarik kedatangan pelabur dari luar ke negeri ini.

Katanya lagi, projek pelancongan mega itu bakal melibatkan kawasan penambakan laut baharu di satu lokasi yang sudah dikenal pasti. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment