My Add

Wednesday 21 August 2013

Mercy hantar kumpulan sukarelawan kedua ke Syria

KUALA LUMPUR, RABU, 21 Ogos, 2013: Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (Mercy Malaysia) meningkatkan bantuannya kepada penduduk Syria dengan menghantar pasukan sukarelawan kedua ke negara itu melalui Turki malam tadi.

Dalam kenyataan hari ini, Mercy Malaysia berkata, keputusan itu diambil berasaskan maklumat yang dikumpulnya berhubung masalah yang dialami pelarian Syria yang tinggal di kem sementara di negara itu, Turki dan Lubnan baru-baru ini.

"Pasukan ini diketuai naib Presiden II Norazam Ab Samah serta dianggotai Muhammad Hapis Jamil (pakar logistik) dan Dr Mohammad Iqbal Omar (doktor)," kata kenataan itu.

Objektif utama misi ini ialah untuk membantu sektor kesihatan tempatan di Turki dalam mendapatkan bekalan perubatan tambahan untuk melancarkan tugas mereka. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment