My Add

Wednesday 21 August 2013

Wanita Melaka, NS sokong Shahrizat

MELAKA, RABU, 21 Ogos, 2013: Wanita UMNO Melaka dan Negeri Sembilan menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap kepimpinan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil untuk terus mempertahan jawatan beliau sebagai ketua pergerakan itu pada pemilihan UMNO Oktober depan.

Ketua Wanita UMNO Melaka, Datuk Rabiyah Ali berkata, ketetapan itu diambil berdasarkan prestasi kerja dan perkhidmatan Shahrizat dalam tempoh lima tahun memimpin sayap berkenaan.

"Beliau merupakan seorang pemimpin wanita yang telah melaksanakan kerja dengan cemerlang untuk wanita di seluruh negara dan telah menjenamakan semula wanita UMNO melalui pelbagai langkah, termasuk memperkenal Skuad Sayang dan Salam Sayang pada pilihan raya umum lepas.

"Wanita Umno Melaka telah berunding dan sepakat setuju memberi sokongan dan mandat kepada beliau untuk memegang sekali lagi jawatan Ketua Pergerakan Wanita Malaysia," katanya pada sidang akhbar di sini.

Beliau berkata, meskipun Shahrizat tidak memegang sebarang jawatan dalam Kabinet namun ia bukan faktor utama untuk tidak memberi sokongan.

Rabiyah berkata, ciri keterbukaan, ketinggian ilmu, pendekatan berkesan, sifat keibuan dan kematangan dalam kepimpinan yang diamal Shahrizat merupakan faktor utama beliau masih diperlukan.

Ditanya berhubung isu Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) yang dikaitkan dengan Shahrizat, beliau berkata, perkara itu langsung tidak menggoyahkan pendirian anggota Wanita UMNO di peringkat akar umbi dan tertinggi negeri itu untuk memberi sokongan.

"Beliau tidak ada kena-mengena dengan isu itu dan tidak didakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, jadi tiada sebab untuk kita Wanita tidak menyatakan sokongan terhadap beliau," katanya. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment