My Add

Friday 16 August 2013

Mesir: Angka korban meningkat melebihi 600 orang

KAHERAH, JUMAAT, 16 Ogos, 2013: Angka korban akibat tindakan kekerasan tentera terhadap penyokong bekas Presiden Mesir yang digulingkan, Mohammed Mursi, kelmarin, meningkat kepada 623 orang hari ini.

Menurut Kementerian Kesihatan Mesir, beribu-ribu lagi orang turut cedera dalam keganasan terburuk dalam sejarah Mesir dalam beberapa dekad itu dengan ahli keluarga kini cuba mengenal pasti beratus-ratus mayat yang dihimpunkan di sebuah masjid di Kaherah.

Namun, penyokong Ihkwanul Muslimin berkata, angka korban adalah jauh lebih tinggi ekoran beratus-ratus lagi mayat masih belum dikenal pasti oleh pihak berkuasa.

Sementara itu, stesen televisyen tempatan yang memetik kenyataan Kementerian Dalam Negeri sebagai berkata, pasukan keselamatan akan terus menggunakan peluru hidup untuk bertindak balas ke atas sebarang serangan terhadap mereka atau bangunan kerajaan. - REUTERS/UTUSAN

No comments:

Post a Comment