My Add

Monday 26 August 2013

MRCB catat untung kasar RM13.1 juta suku kedua

KUALA LUMPUR, ISNIN, 26 Ogos, 2013: Malaysian Resources Corporation Bhd. (MRCB), mencatatkan keuntungan kasar lebih tinggi iaitu RM13.1 juta pada suku kedua yang berakhir 30 Jun 2013 berbanding RM5.1 juta dalam tempoh suku sebelumnya.

MRCB dalam kenyataan di sini menyatakan, peningkatan dua kali ganda itu disumbangkan menerusi keuntungan projek yang telah berjaya disiapkan sebelum ini.

Bagaimanapun, jelas kenyataan tersebut, MRCB mencatatkan perolehan kasar yang lebih rendah pada suku kedua berbanding suku pertama iaitu RM185.7 juta.

Suku pertama, MRCB mencatatkan perolehan kasar sebanyak RM262 juta.

"Kemerosotan perolehan kasar disebabkan kurangnya sumbangan daripada bahagian kejuruteraan dan pembinaan," katanya. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment