My Add

Monday 26 August 2013

Serangan AS ke atas Syria akan gagal - Assad

MOSCOW, ISNIN, 26 Ogos, 2013: Presiden Syria, Bashar al-Assad memberi amaran kepada Amerika Syarikat (AS) bahawa negara itu akan berdepan dengan kegagalan jika menyerang Syria.

Beliau yang diwawancara oleh akhbar Rusia, Izvestia yang disiarkan hari ini, turut menyifatkan dakwaan Barat yang menuduh tenteranya menggunakan senjata kimia sebagai 'tidak masuk akal'.

"Syria tidak akan menjadi 'boneka' kepada Barat dan Washington tidak akan berjaya mencapai matlamat politiknya melalui perang," katanya kepada akhbar prokerajaan itu. - AFP/UTUSAN 

No comments:

Post a Comment