My Add

Sunday 25 August 2013

Nahas bas di Genting: 2 lagi mayat belum dikenal pasti - S Subramaniam

SEGAMAT, SABTU, 24 Ogos, 2013: Kementerian Kesihatan mengesahkan dua lagi mayat mangsa tragedi bas terjunam gaung di Genting Highlands, masih belum dikenal pasti identitinya.

Menterinya, Datuk Seri S Subramaniam, berkata selain itu, 28 daripada keseluruhan 37 mayat dalam kemalangan Rabu lalu sudah dibawa pulang oleh keluarga masing-masing.

"Sehingga jam 10 pagi tadi, kita masih tidak dapat mengenal pasti identiti dua mangsa itu dan usaha masih terus dilakukan," katanya. - BH

No comments:

Post a Comment