My Add

Thursday 15 August 2013

Nooh Gadut hargai permohonan maaf

JOHOR BAHARU, RABU, 14 Ogos, 2013: Penasihat Majlis Agama Negeri Johor (MAINJ), Datuk Nooh Gadut menghargai permohonan maaf Ketua Sami Buddha Malaysia, Datuk K Sri Dhammaratana Nayake atas tindakan sekumpulan penganut agama itu dari Singapura mengadakan sesi meditasi di surau sebuah resort di Sedili Besar, Kota Tinggi, Sabtu lepas.

“Saya ingin mengucapkan penghargaan dan rasa bangga saya terhadap tindakan beliau memohon maaf kepada umat Islam di negara ini semalam. Tindakan ini merupakan suatu langkah yang amat terpuji walaupun beliau sendiri tidak mengetahui perbuatan yang dilakukan oleh warga asing itu," katanya.

Justeru, saya minta seluruh masayarakat Islam menerima permohonan maaf ini serta jaminan bahawa kejadian itu tidak akan berulang, katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment