My Add

Thursday 15 August 2013

Orang ramai kurang beri kerjasama banteras kejadian curi dan pecah rumah

KUANTAN, RABU, 14 Ogos, 2013: Polis kesal dengan sambutan dingin dan kurangnya kerjasama orang ramai terhadap usaha pasukan terbabit membanteras kejadian curi dan pecah rumah di daerah ini terutama pada musim perayaan.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd. Jasmani Yusof berkata, daripada lebih 3,000 borang diedarkan, hanya 168 atau kira-kira enam peratus yang mengembalikan dengan maklumat lengkap.

"Kita mengadakan perjumpaan dengan pelbagai pihak termasuk Kawasan Rukun Tetangga, institusi kewangan dan pusat perniagaan, namun maklum balas berhubung perkara ini tetap mengecewakan.

"Kita tidak menganggap sambutan dingin masyarakat sebagai kegagalan usaha yang dijalankan ini sebaliknya pengagihan borang ini akan diteruskan setiap kali menjelang musim perayaan," katanya di sini. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment