My Add

Tuesday 6 August 2013

Pantau penyebaran Syiah di IPT

KUCHING, ISNIN, 05 Ogos, 2013: Kerajaan sentiasa memantau aktiviti penyebaran fahaman Syiah di negara ini daripada terus menular terutama dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT).

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, kerajaan telah mengenal pasti modus operandi pengikut Syiah yang menjadikan pelajar IPT khususnya yang menuntut di luar negara sebagai sasaran utama pengikut baharu fahaman itu.

"Kerajaan memandang serius berhubung isu Syiah ini dan masyarakat Islam harus menolak daripada mengikut atau terpengaruh dengan ajaran itu kerana ia jauh menyimpang daripada ajaran Islam sebenar.

"Walaupun Sabah dan Sarawak bebas daripada fahaman Syiah, namun usaha memantau kegiatan itu tetap dijalankan oleh pihak berkuasa kerana bimbang sekiranya ajaran itu disebar secara senyap," katanya di sini hari ini. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment