My Add

Saturday 17 August 2013

Pemilihan UMNO kali ini tidak tercemat budaya negatif - Hisham

BERUAS, SABTU, 17 Ogos, 2013: Naib presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein melihat pemilihan UMNO, Oktober ini kurang dicemari budaya negatif seperti serangan peribadi.

"Setakat hari ini saya rasa lega kerana budaya negatif dahulu yang boleh merosakkan parti dan boleh menjejaskan perpaduan kali ini tidak nampak ketara sangat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri UMNO Bahagian Beruas hari ini.

Persidangan bahagian dan pemilihan anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO akan berlangsung pada 19 Oktober.

Sejumlah 146,500 anggota parti peringkat akar umbi di 191 bahagian akan terlibat dalam pemilihan bagi jawatan presiden, timbalan presiden, tiga naib presiden dan 25 anggota MT, selain anggota jawatankuasa bahagian. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment