My Add

Saturday 17 August 2013

Zahid tak fikir guna populariti menteri bantu pemilihan

KUALA LUMPUR , SABTU,17 Ogos, 2013: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi tidak terfikir untuk menggunakan popularitinya sebagai Menteri Dalam Negeri bagi meraih sokongan anggota UMNO semasa pemilihan parti akan datang.

"Setiap tindakan yang diambil sepanjang menjadi Menteri Dalam Negeri terbit dari hati yang ikhlas dan penuh tanggungjawab," katanya kepada pemberita pada majlis Aidilfitri anjuran Pengasih, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada popularitinya yang semakin meningkat di kalangan rakyat Malaysia sebagai Menteri Dalam Negeri akan membantunya dalam pemilihan parti yang akan datang.

Ketegasan Zahid terserlah dalam hal-hal yang melibatkan isu-isu penghinaan ke atas kesucian agama Islam dan beliau juga merupakan antara tokoh yang paling lantang mempertahankan Kalimah Allah.

Zahid mengulangi pendiriannya untuk mempertahankan jawatan naib presiden parti dan beliau meminta ahli-ahli Umno membuat penilaian berdasarkan apa yang telah beliau sumbangkan sebagai Naib Presiden selama ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment