My Add

Monday 26 August 2013

Penganggur ugut cederakan ibu dihadap ke mahkamah

KOTA BHARU, AHAD, 25 Ogos, 2013: Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan mengugut untuk mencederakan ibunya di rumah mereka di Bunut Susu, Pasir Mas hujung bulan lalu.

Majistret Nik Habri Muhamad menetapkan 22 September ini untuk pembentangan fakta kes dan hukuman terhadap tertuduh selepas dia mengaku bersalah terhadap tindakannya itu.

Nazri didakwa melakukan ugutan jenayah dengan mengancam hendak mendatangkan cedera kepada ibunya, Siti Meriam Ag Him, 63, untuk menimbulkan rasa cemas kepada mangsa di rumah mereka di Kampung Bechah Semak, Bunut Susu, pada pukul 10 malam, 31 Julai lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau dengan denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Difahamkan tertuduh mengugut ibunya setelah ibunya enggan memberikannya sejumlah duit yang dimintanya.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Noor Hamizah Ghazali manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Nik Habri menetapkan jaminan sebanyak RM2,500 kepada tertuduh dengan syarat penjamin mestilah ibu bapa atau ahli keluarganya. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment